Kerajaan Turki umum hukum kunjungi Kaabah dalam dunia Meta bagi menunaikan Haji

Kerajaan Turki umum hukum kunjungi Kaabah dalam dunia Meta bagi menunaikan Haji

 

Perkembangan teknologi yang cukup pesat membolehkan pelbagai perkara yang dahulunya dianggap mustahil kini menjadi realiti. Antara ruangan yang sedang diterokai oleh sejumlah syarikat hari ini adalah dunia meta yang mana boleh memberikan pengalaman berinteraksi dengan persekitaran serta objek seperti di dunia sebenar.

Terbaharu, Presidensi Hal Ehwal Agama Turki (Diyanet) telah mengisytiharkan bahawa melawat Kaabah dalam dunia meta tidak akan dianggap sebagai ‘haji sebenar’ selepas berbincang selama sebulan. Kenyataan ini telah dimuktamadkan oleh beberapa pihak autoriti dalam memberikan kefahaman hukum sebenar selaras dengan peredaran teknologi semasa.

Menurut Bircan, ibadah haji mesti dan akan diamalkan dengan pergi kota suci itu di dalam sebenar. Kaabah dengan versi dunia realiti maya ini menjadi kontroversi dalam di kalangan umat islam seluruh dunia berikutan acara ‘Virtual Black Stone’ yang diadakan di Arab Saudi pada Disember 2021 yang lalu.

Negara itu membawa tempat paling suci Islam ke dalam dunia meta yang mana membolehkan umat Islam melihat secara maya akan batu hitam yang dipanggil Hajarul Aswad di kota Mekah tempat asalnya.

Kerajaan Arab Saudi turut menegaskan ia hanyalah satu inisiatif untuk membolehkan umat Islam merasai pengalaman menatap Hajarul Aswad dengan lebih dekat sebelum menunaikan ibadah haji di Mekah.

Projek ini telah dibentuk oleh Agensi Hal Ehwal Pameran dan Muzium Arab Saudi lalu berkerjasama dengan Universiti Um Al Qura. Pengasas projek itu ialah Haramain yang diterjemahkan sebagai ‘dua tempat suci’ merujuk kepada Mekah dan Madinah khususnya dua masjid suci di bandar-bandar tersebut.