“Kepada bekas kakak ipar saya, stoplah” – Ali Puteh tegaskan hal faraid dah selesai, hutang kalah mahkamah je belum

“Kepada bekas kakak ipar saya, stoplah” – Ali Puteh tegaskan hal faraid dah selesai, hutang kalah mahkamah je belum

 

Lebih 3 tahun konflik bersama bekas kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali berlangsung, Ali Puteh masih berdepan kecaman netizen sampai ke hari ini.

Terdahulu, Hidayah pernah beberapa kali mengingatkan pelawak itu tentang tanggungjawab melangsaikan hutang saman yang masih tertunggak.

Terbaru menerusi temubual bersama @mStar Online, Ali Puteh mendedahkan sebenarnya urusan berkenaan faraid serta pembahagian harta peninggalan Allahyarham Abam terhadap pihak Hidayah sudah selesai sepenuhnya sejak bulan lalu.

Apa yang tinggal sekarang hanyalah hutang saman terhadap Hidayah ekoran kekalahan Ali Puteh dalam prosiding mahkamah sebelum ini.

Seakan sudah penat dengan semua ini, Ali kemudiannya turut berpesan agar Hidayah berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan yang jelas-jelas boleh mengundang tanggapan buruk terhadapnya.

Walaupun perniagaan sambal yang sedang dijalankan kelihatan ‘rancak’, hakikatnya dia sendiri sedang berusaha keras untuk membahagikan antara komitmen menguruskan bisnes serta pembayaran hutang Hidayah.

Kerap dituduh tiada usaha untuk melangsaikan hutang, Ali Puteh berkata lagi sebenarnya dia pernah membuat usul untuk membayar nilai RM75,000 itu secara ansurans.

Namun pihak Hidayah tidak bersetuju dengan permintaan tersebut. Ali seterusnya membuktikan usaha membayar dengan pendahuluan berupa 3 biji motosikal serta wang tunai RM25,000, tetapi tetap ditolak.

Jelas Ali, amanah membayar hutang itu akan diselesaikan sehingga habis. Andai kata dia dijemput Ilahi terlebih dahulu sekalipun, isterinya akan menjadi penyambung demi memastikan hutang itu dihabiskan.

“Masyarakat sekarang hukum saya. Macam saya ni orang neraka. Sampai sekarang ada yang bercakap lagi jangan lupa bayar hutang. Awak gunakan media sosial untuk membantai saya”