‘Kencing tak flush, sampah dari awal Ramadan sampai hari ni tak buang’

‘Kencing tak flush, sampah dari awal Ramadan sampai hari ni tak buang’
Menyewa rumah bersama orang lain memerlukan sikap toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain.
Setiap penghuni bertanggungjawab memastikan setiap bahagian rumah sentiasa bersih, termasuk dapur, ruang tamu dan bilik air.
Di platform X, seorang pemuda meraih perhatian ramai selepas mendedahkan pengalaman buruk mendapat rakan serumah yang pengotor.
“Tengok la housemate kepam aku ni. Serius kepam sangat pengotor. Tak semua la tapi majoriti pengotor. Sebab tu kepam.
“Aku balik keja penat kot nak mandi lepas tu boleh kau kencing tak flush. Ni bukan kali pertama,” kongsi pemuda itu.
Dia turut menegur rakan serumahnya itu menerusi WhatsApp, namun tidak menerima sebarang jawapan.
Selain isu kebersihan tandas, pengadu mendakwa rakan serumahnya juga suka mengumpul sampah menyebabkan rumah berbau busuk.
Menerusi foto yang dimuat naik, kelihatan beberapa plastik dibiarkan di atas penutup tong sampah, atas meja ruang tamu serta lantai kediaman.
“Ni sampah dia dari awal Ramadan sampai hari ni. Boleh bayangkan tak bau macam mana? Aku takkan buang. Bukan kerja aku nak bersihkan untuk dia.
“Ni dah tiga hari punya sisa, bau basi kat ruang tamu dengan bau rokok dia. Dulu balik kerja aku akan duduk sini untuk santai-santai, sekarang terus masuk bilik sebab bau busuk.
“Paling si*l dia ambil cawan aku buat ashtray. Semua benda ni aku dah lapor pada tuan rumah,” dakwa individu itu lagi.
Menurut pemuda itu, dia jarang berjumpa dengan pelaku memandangkan mereka bekerja dalam bidang berbeza.
“Dia kerja kilang, saya kerja retail. Kebanyakan masa memang kami tak jumpa langsung,” jelasnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata pelayar X meluahkan rasa berang dan turut menyelar pelaku selepas membaca perkongsian itu.
“Sumpah tak faham orang kencing tak flush ni. Apa yang rushing sangat hidup kau lepas kencing tak sempat nak tekan flush?
“Aku pernah halau orang macam ni. Jumpa awek bukan main macam pecah botol minyak wangi. Tapi pengotor level sinki semua berulat.
“Saya pernah ada rakan serumah macam ni. Dia pula pakej rabun, gemuk, busuk kepam,” tulis netizen.
Sumber: mStar