Kenapa taknak dedah wajah sebenar anak? Akhirnya Pak Nil buka mulut

Kenapa taknak dedah wajah sebenar anak? Akhirnya Pak Nil buka mulut

 

Aznil Hj Nawawi atau lebih popular dengan panggilan Pak Nil merupakan pengacara hebat yang telah menempah nama sebagai antara pengacara paling berjaya di Malaysia.

Kerjayanya pada masa kini dianggap berada pada tahap paling optimum.Pak Nil dikatakan antara artis yang serba boleh dan telah melakukan pelbagai kerja dalam bidang seni ini. Mengacara boleh, menyanyi boleh, berlakon boleh, mengarah filem boleh malah melawak pun boleh.

Tidak pernah mendedahkan wajah anak-anaknya untuk tatapan umum. Kenapa agaknya, ya?

Ini punca sebenar Pak Nil tak nak dedah wajah anaknya yang sebenar

Memetik mStar Online, tindakan Aznil atau Pak Nil itu adalah kerana dia benar-benar menghormati privasi anaknya yang tidak gemar berdepan dengan lensa tambahan pula ayahnya merupakan antara individu popular di Malaysia.

Aznil tidak mahu anak-anaknya dikec4m netizen sehingga membuatkan mereka terluka. Memang sukar mengawal tohmahan netizen dan itu adalah cara terbaik untuk tidak mendedahkan keluarga untuk tatapan umum.

Saya sudah terbiasa dengan komen negatlf daripada netizen, tetapi anak-anak belum tentu boleh terima. Faham sajalah sikap segelintir netizen ini yang kadang-kadang perkara kecil pun mereka akan kr1tik.

Tambahan pula, mereka sangat privasi orangnya dan saya tidak mahu melukakan hati anak-anak dengan komen netizen sekiranya mereka baca,katanya pada Mstar Online.

Ini punca sebenar Pak Nil tak nak dedah wajah anaknya yang sebenar

Dia sendiri tiada niat untuk menyembunyikan anak-anaknya, namun itu adalah permintaan mereka untuk tidak berdepan dengan sesiapa. Aznil dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Fildza Haifa, Fariq Haizen,dan Firdaus Hariz.

Selama ini, jika ada pihak media yang ingin membuat sesi fotografi saya bersama anak-anak, saya tak pernah tolak tetapi anak-anak yang tidak mahu.

Ini punca sebenar Pak Nil tak nak dedah wajah anaknya yang sebenar aznil nawawi aznil haji nawawi anak aznil nawawi

“Berbeza dengan abang dan kakaknya. Firdaus suka kepada bidang seni, malah seorang yang banyak bercakap dan periang!

“Dia berani kehadapan dan suka berada di atas pentas untuk menyatakan pandangannya.

Anak bongsunya itu seorang yang periang, banyak bercakap dan mempunyai kecenderungan dalam bidang seni tambahan pula dia suka berfesyen.

Sebagai bapa, saya hormati keputusan mereka yang tidak mahu menonjolkan diri dalam bidang yang saya ceburi.“Kebiasaannya, jika ada tawaran saya akan bertanya mereka terlebih dahulu sama ada mereka setuju atau tidak dan kebiasaannya mereka akan menolak, ujarnya.