“Kenapa promosi makanan yang boleh sumbang penyakit”, Influencer dikritik buat konten makan kek tapak dinosaur

“Kenapa promosi makanan yang boleh sumbang penyakit”, Influencer dikritik buat konten makan kek tapak dinosaur

 

Setelah tular kek tapak kuda, beberapa lagi ‘inovasi kreatif’ penjual yang mula mencuba pembaharuan dengan membuat kek tapak gajah dan diikuti pula kek tapak dinosaur.

Seakan menarik perhatian pelanggan, saiz kek berkenaan dibesarkan dan ditambah perisa dalam kek tersebut.

Seorang pempengaruh dikritik gara-gara memuat naik satu hantaran ketika makan kek tapak dinosaur. Netizen mempersoalkan tindakan lelaki tersebut yang memuat naik kandungan video makanan yang boleh mengundang risiko pelbagai penyakit.

“Benda yang berlebihan confirm akan jadi tak baik. Macam ubatlah, makan lebih daripada dos yang disyorkan, boleh overdose balik,” katanya.

Bukan itu sahaja, cara pempengaruh berkenaan makan kek tapak dinosaur juga turut dikritik kerana dilihat seperti tidak beradab. Sepatutnya kata netizen, kek itu perlu dipotong terlebih dahulu.

“Adakah dengan budaya tular menular makanan telah menghakis pengetahuan kita tentang adab? Nak makan apa-apa, sila tapi biar penuh dengan adab,” kata netizen.

Walaupun dilihat sekadar untuk sebuah konten dan promosi, ramai yang melihat konten tersebut geli dan menakutkan, bukan lagi menggiurkan.