“Kenapa makin mahal?” – Ubai terkejut tengok harga lesen memandu

“Kenapa makin mahal?” – Ubai terkejut tengok harga lesen memandu

 

Pempengaruh media sosial, Ubai terkejut melihat harga lesen memandu sewaktu pergi ke sebuah agensi bagi mendaftarkan adiknya bagi mendapatkan lesen kereta.

Ubai yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah berkata, dia akui terkejut melihat harga lesen memandu yang dinyatakan pada sekeping kertas.

Dia yang terkejut dengan situasi berkenaan telah berkongsi momen terbabit di platform X termasuklah memuat naik harga yang dikenakan oleh sekolah memandu tersebut.

Maklum Ubai, apa yang membuatkan dia terkejut adalah harga lesen kereta auto adalah berharga RM2,700.

“Tadi bawa adik pi daftar sekolah memandu. Harga lesen kereta auto RM2,700. 

“Kenapa harga lesen kenderaan ni makin lama makin mahal ya?” soalnya.

Ubai berkata, dia masih tidak faham dengan harga tersebut terutama buku panduan belajar memandu juga diberikan dalam bentuk PDF sahaja.

Bagaimanapun, pempengaruh berusia 26 tahun itu terpaksa menerima kerana sudah membuat bayaran deposit sebanyak RM900.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet berpendapat harga yang dinyatakan itu adalah mahal dan tidak setimpal dengan buku panduan PDF.