Kenapa lepas baik dari sihir kena lagi sihir yang lain? Ini penjelasan Ustaz Neo

Isu sihir pada penceramah terkenal Dato Ustaz Kazim Elias menjadi sebutan buah mulut orang hingga kini. Tidak henti-henti sihir Ustaz Kazim yang diterimanya, kalau sebelum ni sihir tu hilang sekejap tapi sekarang makin lama makin menjadi-jadi katanya.
Menurut seorang ulama dari negara seberang barangkali biar pun sejuta pawang mengubati Ustaz Kazim jika Allah tidak mengizinkan ustaz akan tetap terkena sihir sampai bila wallahualam, apapun panjat la doa kepadaNYA jangan berputus asa, katanya.
Ustaz Kazim pernah memberitahu ada beberapa orang sebelum ini yang datang ke rumahnya mahu meminta maaf kerana pernah menyihirnya, tapi itu dulu sudah terjadi dan selesai cuma kali ni sudah melampaui sampai kadang-kadang darah boleh keluar melalui muka secara tiba-tiba.
Kata Ustaz Kazim apa lagi saya boleh buat selain berdoa, jika ini cara Allah mengangkat darjatnya dia terima seredha-redhanya, jika ada yang pandai yang mengubati juga boleh tolong beliau.
@official_neopawangdiraja Reply to @awiella_forever Punca penyakit sihir berulang.😇 Kalau hebat sakit tak berulang😅
Apapun semoga Dato Ustaz Kazim diberi kesembuhan dan sihat kembali untuk menyampaikan dakwah, setiap ujian pasti ada rahmat dan hikmahnya. Amiin