Kena body shaming dengan sepupu, wanita terguris dikata ‘kumpul lemak tapi tak hamil’

Kena body shaming dengan sepupu, wanita terguris dikata ‘kumpul lemak tapi tak hamil’

 

Perkara pertama yang ditegur setelah lama tidak berjumpa adalah tentang berat badan seseorang.

Bukan semua perkara boleh dijadikan topik perbualan, ditambah pula teguran itu seperti sindiran sehingga mengguriskan hati individu yang ditegur.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa terkilan sehingga tidak mampu menahan air mata kerana telah disindir oleh sepupu sendiri ketika beraya beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, wanita yang berasal dari Indonesia ini berasa terkilan selepas mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh sepupu mengenai dirinya yang belum dianugerahkan cahaya mata.

“Kenapa kumpul lemak tapi tak hamil-hamil, sambil tunjuk-tunjuk ke arah perut aku.”

 

Buat pertama kalinya, dia tidak dapat menahan sabar lalu membalas semula kata-kata hinaan sepupunya itu.

“Kenapa nak lawan takdir Allah? Mungkin sekarang diberi lemak, bukan anak,” jeritnya.

Dia berkongsi tentang pengalaman itu dan meminta orang ramai untuk menjadikan pengajaran agar setiap orang menjaga batas percakapan daripada menyakiti hati orang lain.

“Kamu tidak tahu betapa banyak pengorbanan dan ribuan doa yang diulang-ulang,” tulisnya yang juga mengimpikan seorang anak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya dan turut berdoa agar wanita itu dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.

Screenshot 2024 04 15 173214

Screenshot 2024 04 15 173224