Kemas rumah arwah ibu owner selepas 5 tahun terbiar, pekerja pembersihan dipuji jujur pulangkan duit yang dijumpai

Kemas rumah arwah ibu owner selepas 5 tahun terbiar, pekerja pembersihan dipuji jujur pulangkan duit yang dijumpai

 

Setelah 5 tahun rumah terbiar kerana penghuni meninggal dunia, anak kepada penghuni ini melantik pekerja pembersihan rumah untuk membersihkan rumah tersebut.

Ketika mereka mengemas rumah, mereka menemui banyak wang dan dilihat koleksi duit tersebut ada yang lama serta baru dan bila dilihat duit tersebut memang banyak hingga bertimbun.

Menurut pekerja pembersihan ini, dia menemui duit-duit ini di setiap sudut rumah, malah pekerja berkenaan menjelaskan bahawa mereka begitu amanah dalam menjalankan tugas mereka.

Biarpun jumlah wang tersebut masih tidak diketahui, dapat dilihat wang tersebut begitu banyak sampaikan ada wang kertas yang lama.

Ujar pembersih rumah itu lagi, mereka mengumpulkan kesemua wang tersebut adalah amanah yang diberikan anak kepada pemilik rumah itu.

Malah mereka perlu selongkar kesemua duit itu, sebelum membuang segala barang-barang yang ada di rumah tersebut.

@f.i.8_empire

Kisah mengemasa rumah dan duit. rumah ni rumah arwah ibu owner tinggal dan baru kini ada kekuatan untuk dikemas. owner dah inform rumah ni ada duit yg banyak jadi kami kena selongkar satu persatu barang-barang sebelum buang #fi8kongsi #masukberanda #fi8empire #separuhdariimanitubersihyangpenuhkanimanituibadah #fyp #capcut #pastiusahayakinrezeki

♬ Very Sad – Enchan

Menjengah ke ruangan komen, pembersih rumah ini menjelaskan bahawa semua duit itu akan diberikan kepada anak tuan rumah.

Dalam pada itu, ada juga yang mula rasa tersentuh kerana mungkin duit tidak begitu bermakna buat si arwah sebaliknya mahu meluangkan masa bersama anak.

Kemas

Kemas 2

Kemas 3