Kemaruk dengan janda anak dua, lelaki ceraikan isteri atas alasan badan berisi, ingatkan lepas nikah baru bahagia, rupanya tak sangka ini yang terjadi

Kemaruk dengan janda anak dua, lelaki ceraikan isteri atas alasan badan berisi, ingatkan lepas nikah baru bahagia, rupanya tak sangka ini yang terjadi

 

Antara sebelum dan selepas kahwin, seorang wanita cenderung mengalami perubahan berat badan disebabkan oleh banyak faktor termasuklah melahirkan anak.

Mungkin ada masanya suami melihat isteri sudah tidak secantik dahulu, namun ia bukan alasan untuk bermain kayu tiga dengan perempuan lain.

Suami bercinta dengan janda anak 2…Lepaskan isteri hanya sebab isteri dah naik berat badan

Menceraikan isteri atas alasan badan semakin berisi, itulah kesilapan besar yang dilakukan oleh seorang lelaki ini.

Kisah itu dikongsikan semula oleh TikTokers, Kak Zaleha Baba dan pastinya boleh menjadi pengajaran buat semua.

Kejadian ini berlaku sekitar 5 tahun lalu di mana sebenarnya lelaki itu sudah kemaruk bercinta dengan seorang janda anak dua.

Janda tu bersekongkol dengan bekas suaminya untuk kenakan lelaki ni

Setelah berpisah dengan bekas isteri, dia terus menikahi janda tersebut namun segalanya berubah selepas 3 bulan.

Disangka akan menuai kebahagiaan, dia terduduk setelah mendapati isteri baru rupanya mempunyai hutang keliling pinggang.

Hanya 2 tahun mendirikan rumah tangga, dia tidak dapat bertahan lagi dan terus menceraikan wanita itu.

Ipar cakap bekas isteri terlampau taksub slim kerana cabaran bekas suami

Saat ini, hatinya kembali rindu kepada bekas isteri. Dalam usaha mencari semula ‘bidadarinya’ demi menebus kesilapan, lelaki ini mendapat khabar paling sedih.

Selepas setahun menikahi janda tadi, rupanya bekas isteri menghembuskan nafas terakhir asbab terlalu taksub untuk menurunkan berat badan.

@zalehababa7

menitik air maat saat kakleha membawa mesej dri tuan punya badan#fyp #fyp #fyppp

♬ original sound – Zaleha Baba – Zaleha Baba