Keliru! Muhyiddin dakwa terima panggilan dari pemimpin H4m4s di Semenanjung G4z4, pemuda ini jelaskan sebaliknya
Semalam, saya telah menerima panggilan telefon daripada saudara Ismail Haniyya, Ketua Biro Politik Hamas yang berada di Semenanjung Gaza, memaklumkan situasi semasa yang di Palestin, terutamanya di Gaza.
Saya amat terkesan mendengar perkhabaran berhubung keadaan masyarakat Islam di Palestin, khususnya Semenanjung Gaza yang amat menyedihkan serta menyayat hati.
Saya menzahirkan ucapan takziah dan dukacita bagi pihak seluruh rakyat Malaysia atas kehilangan nyawa serta kecederaan yang dialami rakyat Palestin akibat serangan ganas rejim Israel.
Saya turut menegaskan pendirian serta usaha-usaha yang telah dan sedang diambil Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin tatkala menghadapi detik yang sukar ini.
Saya juga menyatakan komitmen Malaysia dalam mencari jalan untuk menghulurkan bantuan sewajarnya bagi membantu meringankan kesukaran rakyat Palestin.
Saya juga berkongsi keprihatinan dan inisiatif yang dilakukan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia serta rakyat Malaysia yang kini giat menganjurkan bantuan kemanusiaan serta bersolidariti penuh ke atas perjuangan rakyat Palestin pada waktu yang mencabar ini.
Beliau sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan berterima kasih atas bantuan berterusan yang telah diberikan.
Semalam, saya telah menerima panggilan telefon daripada saudara Ismail Haniyya, Ketua Biro Politik Hamas yang berada di Semenanjung Gaza, memaklumkan situasi semasa yang di Palestin, terutamanya di Gaza. (1/7) pic.twitter.com/zfklb6bzfA
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) May 16, 2021
Laporan dari The Peninsular Qatar. pic.twitter.com/eVPCrm0TbK
— Ikhwan #FreePalestine🇵🇸 (@JatIkhwan) May 16, 2021
Maaflah PM, bukan nak malukan. Nak DM tapi tak boleh. Terpaksa quote tweet.
— Ikhwan #FreePalestine🇵🇸 (@JatIkhwan) May 16, 2021
UPDATE:
*Ralat – Ismail Haniyya, Ketua Biro Politik Hamas kini berada di Doha, Qatar.
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) May 16, 2021
Okay…………….and it is Haniyeh not Haniyya. Full name Dr Ismail Abdel Salam Ahmed Haniyeh. https://t.co/hWPntkYISx
— Ikhwan #FreePalestine🇵🇸 (@JatIkhwan) May 16, 2021