Kejutan istimewa sempena Hari Guru, anak murid hadiahkan rotan kepada cikgu

Kejutan istimewa sempena Hari Guru, anak murid hadiahkan rotan kepada cikgu

 

Bila tiba Hari Guru pastinya pelajar mahu berikan hadiah istimewa buat guru mereka.

Namun, tidak kira harga atau apa sahaja pemberian itu pastinya dihargai oleh guru.

Bagaimanapun, seorang pelajar lelaki memberikan kelainan pada tahun ini dengan memberikan hadiah rotan buat semua guru sekolahnya.

Lebih melucukan, dengan muka yang penuh selamba, pelajar itu membawa rotan dan memberikan pada semua guru!

 

Guru-guru juga turut terkejut malah sudah bersedia untuk menggunakan rotan itu sebaik mungkin.

Pastinya ini adalah idea ibu bapa pelajar itu yang mahu cikgu sekolah mendisiplinkan pelajar dengan lebih tegas. Bukan pemberian itu mahu menakutkan pelajar lain tetapi sebagai simbolik rasa hormat dan disiplin kepada pelajar.