Kejadian tanah runtuh di Banjaran Hot Spring

Kejadian tanah runtuh di Banjaran Hot Spring
Dua mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Banjaran Hot Spring, Tambun, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.28 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh menimpa sebuah villa dan dipercayai terdapat dua mangsa terperangkap dalam runtuhan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, pagi ini.

Katanya, bomba menggerakkan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) untuk mengesan kedudukan sebenar mangsa dan usaha mengeluarkan mereka sedang giat dijalankan.

“Pusat gerakan operasi akan memberi maklumat terkini dan mutakhir dari semasa ke semasa,” katanya.

Sumber: Harian Metro