Kejadian 30 tahun lalu masih segar di ingatan, lelaki tuntut pembuli zaman sekolah minta maaf

Kejadian 30 tahun lalu masih segar di ingatan, lelaki tuntut pembuli zaman sekolah minta maaf

 

Kisah trauma akibat dibuli muncul dalam catatan di media sosial, di mana seorang lelaki menceritakan pengalaman pahitnya dibuli oleh rakan sekolah hampir tiga dekad lalu.

Masa mungkin sudah berlalu terlalu jauh, bagaimanapun mangsa masih tidak dapat memaafkan perbuatan pembuli, mendedahkan kesan psikologi yang berpanjangan daripada seksaan zaman kanak-kanak tersebut.

Berkongsi di platform media sosial, mangsa yang tidak didedahkan namanya menceritakan bagaimana beliau menjadi sasaran rakan sekolah, yang membaling kerusi ke arahnya dan menyebabkan beliau didera secara fizikal, termasuk ditampar dan diludah.

Walaupun selepas 30 tahun, mangsa terus bergelut dengan perasaan dendam dan marah terhadap bekas pembulinya.

“Saya pernah menjadi mangsa buli pada usia 9 tahun di sebuah sekolah agama. Pembuli itu adalah Tingkatan 1 pada masa itu. Tuang gam kat baju dari belakang. Naik bas sekolah yang sama.

“Ada sekali aku dah turun bas. Aku maki dia. Besoknya kena tarik. Kena lempang banyak kali dalam bas. Kena ludah. Dengan dia dan geng geng dia. Takde sorang backup sebab dia ada geng,” tulisnya.

30 tahun kemudian, mangsa berkongsi bahawa dia sering bertembung dengan pembuli dan masih menyimpan rasa dendam yang mendalam terhadapnya.

“Dah besar, selalu terserempak. Darah auto mendidih. Aku boleh cacatkan dia anytime sekarang. Tapi masalahnya biasa terjumpa kat tempat awam. Dan dia ngan anak dia,” katanya.

Mangsa turut mendedahkan nama si pembuli, sekolah dan kawasan tempat tinggal mereka dengan harapan pembuli tampil meminta maaf.