“Harga warung citarasa hotel” – Pelanggan kongsi kenangan & gambar kedai Pak Mat Western yang lama

“Harga warung citarasa hotel” – Pelanggan kongsi kenangan & gambar kedai Pak Mat Western yang lama

 

“Harga warung citarasa hotel” – Pelanggan kongsi kenangan & gambar kedai Pak Mat Western yang lama

Namun, kejayaan yang dikecapi ini bukanlah semudah yang disangka kerana ada kisah permulaannya yang tidak diketahui ramai.

Baru-baru ini, pemilik FB Nasi Arab Tambah Kira Halal telah berkongsi kisah permulaan bisnes Pak Mat dari komentar yang dijumpai di FB Pak Mat Western dan menceritakan semula kepada orang ramai.

Difahamkan mereka sudah bertapak sejak 2015 lagi menurut tukang komen, yang juga bergelar pelanggan otai PMW di kedai lama yang mana terletak di sisi jalan raya.

Malah, dia memaklumkan kedai Pak Mat Western dulu bermula dengan 6 meja sahaja.

Ekoran lokasi perniagaan yang berada di tepi jalan, peminat otai ini juga mendakwa mereka sukar mencari parkir sekaligus menjadi memori yang diingatinya sebelum Pak Mat Western sampai ke tahap hari ini.

Selepas 9 tahun berlalu, PMW kini sudah menjadi sebuah jenama yang gah dari sudut pemasaran sahaja, namanya sedia menjadi bualan di kalangan netizen.

“Yang mana kenal dia sekarang ni, inilah dia dulu masa awal-awal bertapak, legend dan kenangan sebab nak cari parking susah nak mampu*h,” tulisnya pada gambar.

Turut disertakan gambar yang kualitinya agak kabur tapi cukup jelas untuk dikenali apabila terpampang signboard dengan jenama Pak Mat Western berdekatan papan tanda jalan Simpang Tiga Juru dengan warna ikoniknya iaitu hijau dan putih.

Perkongisan gambar kedai Pak Mat Western telah membuat ramai tersentuh kerana bisnes yang dahulunya hanya bermula di tepi jalan kini sudah bertukar menjadi empayar besar di Malaysia.

Ramai juga berkongsi pengalaman atau kenangan yang mereka pernah mencuba PMW sebelum ia popular seperti hari ini. Setakat orang ramai menjadi perkara biasa tetapi servis dan makanan sentiasa tiptop kongsi bekas pelanggan otai.

Dalam pada itu, ramai menitip pesanan buar Pak Mat Western untuk menambah baik layanan dan kualiti makanan di restoran hari ini dan dalam masa mendoakan kejayaan mereka untuk berkembang pesat lagi.