Kedai aiskrim terkenal Korea bakal buka cawangan pertama di Kuala Lumpur

Kedai aiskrim terkenal Korea bakal buka cawangan pertama di Kuala Lumpur

Sebut sahaja Korea, mesti sudah ramai merindui makanan dan juga destinasi-destinasi tumpuan di sana. Bagi anda yang pernah berkunjung ke Korea, mesti anda pernah mencuba aiskrim setinggi 32cm yang terkenal di sekitar Myeongdong.

Terbaharu, aiskrim jenama 32 Parfait bakal buka cawangan kedai di peringkat antarabangsa dan memilih Lot 10 Bukit Bintang, Malaysia sebagai lokasi pertama. 32 Parfait merupakan kedai aiskrim yang menyajikan dessert murah dan sedap sesuai untuk setiap golongan umur.

Difahamkan, 32 Parfait di Malaysia akan membawakan pelbagai jenis perisa iaitu coklat, vanila, vanila coklat, strawberi, manga, teh hijau dan juga yogurtblue. Pastinya penggemar aiskrim tidak akan melepaskan peluang untuk nikmati aiskrim bersaiz tiga kali ganda saiz aiskrim biasa.

Bila akan dibuka masih belum diketahui kerana kedai tersebut masih lagi dalam pengubahsuaian. Adakah anda akan serbu ke 32 Parfait ini selepas dibuka? – TV