“Muda lagi dik..” – Kecewa putus cinta, remaja nyaris terjun jambatan

“Muda lagi dik..” – Kecewa putus cinta, remaja nyaris terjun jambatan

 

Seorang remaja lelaki dipercayai nyaris terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, Kota Bharu, di sini kerana kecewa putus cinta.

Perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali marknya_broka itu telah menerima menarik perhatian ramai pengguna platform berkenaan.

Menerusi hantaran video berdurasi 20 saat itu, dilihat terdapat beberapa lelaki dewasa sedang tenangkan remaja berkenaan di tepi penghadang jambatan berkenaan, semalam.

“Putus cinta katanya. Mujur tak sempat terjun jambatan,” tulisnya ringkas.

@marknya_broka

putus cinta katanya 😌 mujur dokdang tejun retokk aishh 😣 #putuscinta #kecewa #merana #hancur #hancurhatiku #fyp #fyppage #fypp #foru #xyzabc

♬ Shollallahu Ala Muhammad – Mazroatul Akhiro

Dalam video itu, turut disertakan sekeping foto dipercayai kekasih remaja berkenaan yang ditutup dengan emoji.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tidak henti memberi kata-kata sokongan buat remaja tersebut agar meneruskan kehidupan seperti biasa meskipun telah disakiti kerana cinta.

Menurut warganet, perjalanan remaja itu masih panjang dan terdapat ramai golongan perempuan di luar sana.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi kisah masing-masing ketika gagal dalam percintaan di bangku sekolah.

Apa pun, diharapkan adik ini jadikan sebagai pengajaran ya. Sayangilah nyawa itu, ingat kepayahan ibu bertarung nyawa semasa nak lahirkan awak.