Kecewa putus cinta, penoreh getah gantung diri
Seorang penoreh getah ditemui mati tergantung di sebuah kebun getah di Kampung Air Merah, Malau, Kuala Ketil dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 12.40 tengah hari.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 34 tahun yang masih belum berkahwin sentiasa berada dalam keadaan kemurungan dan bersendirian di kebun getah tersebut.
“Mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah dikatakan kecewa dengan teman wanitanya yang memutuskan hubungan percintaan mereka.
“Berikutan kekecewaannya itu, mangsa sentiasa mengasingkan diri dan disyaki punca mangsa membuat keputusan untuk bertindak sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sumber: Kosmo