“Kawanku, bapa tiriku..” – Beza umur 20 tahun, wanita nikahi sahabat anaknya sendiri

“Kawanku, bapa tiriku..” – Beza umur 20 tahun, wanita nikahi sahabat anaknya sendiri

 

Ini baru orang kata cinta tak kenal usia atau umur hanya sekadar nombor, selepas melihat kisah remaja dari negara Indonesia ini.

Satu hantaran kini tular di TikTok apabila ada seorang remaja lelaki menikahi wanita yang 20 tahun lebih tua daripadanya.

@zeenlamcova

ini loh penganten viralku kemaren #FG📷 #Zeenlamcova #lombokwedding

♬ Dj Tum Hi Ho Viral Pada Masanya – Donny Fernanda

Apa yang telah menjadi tumpuan netizen adalah wanita tersebut dikatakan ibu kepada rakan remaja yang berasal dari Lombok, Indonesia ini sendiri.

Dalam video yang tular di TikTok, dilihat remaja ini melafazkan akad nikah dan orang ramai dilihat bersorak kegembiraan setelah pengantin lelaki selesai membuat lafaz akad nikah.

@zeenlamcova

akad nikah lombok sak aran cinta #lombokwedding #Zeenlamcova #FG📷

♬ suara asli – zeenlamcova – zeenlamcova

Proses pernikahan mereka dilihat berjalan lancar menerusi mas kahwin yang ditetapkan sebanyak 3 juta rupiah (RM 905). Majlis pernikahan mereka dijalankan secara serdehana yang hanya dihadiri oleh saudara-mara.

Menjengah ke ruangan komen, pasangan ini mendapat sokongan moral daripada netizen dan anggap bahawa itu adalah jodoh buat remaja ini.

Kahwin Screenshot 2024 03 01 174506

Betul tu, kalau dah jodoh memang tak ke mana. Mudah-mudahan mereka bahagia ke anak cucu. Amin.