“Kau tahu tak ni laki orang” – Tular video isteri kejar suami tengah ‘shopping’ persiapan raya dengan kekasih

“Kau tahu tak ni laki orang” – Tular video isteri kejar suami tengah ‘shopping’ persiapan raya dengan kekasih

 

Di aplikasi X, viral sebuah video di mana seorang isteri mengejar suaminya ketika sedang membeli belah didakwa bersama kekasih hati.

Menerusi rakaman video berdurasi 1:30 saat itu, wanita berkenaan bertindak mengekori suaminya sebelum menyerang pasangan tersebut dari arah tepi dan belakang.

Sepanjang video itu, si isteri kelihatan menjerit dan memberitahu kepada wanita tersebut bahawa suaminya sudah berkahwin.

Lebih mencuri tumpuan, wanita itu dilihat tersenyum sewaktu diserang bertalu-talu di tempat kejadian.

Si suami pula tergamak melarikan diri dan didakwa memeluk teman wanitanya agar segera keluar dari kawasan itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa geram sebaik sahaja melihat reaksi penyondol berkenaan.

Tambah warganet, penyondol tersebut sepatutnya berasa malu apabila diserang seperti itu.