“Kau sebab tak sempat kantoi je!”, Netizen minta Sophia Albarakbah diam

“Kau sebab tak sempat kantoi je!”, Netizen minta Sophia Albarakbah diam

 

“Alhamdulillah, God is great!,” itulah ciapan pelakon jelita Sophia Albarakbah yang mengundang perhatian ramai dalam kalangan netizen, semalam.

Meskipun tidak menyatakan ciapan itu ditujukan kepada siapa, sesetengah netizen mendakwa Sophia sedang memberi respons tentang kontroversi penyanyi yang pernah menjadi kekasih gelapnya, Aliff Aziz.

Terdahulu, industri hiburan tanah air telah digemparkan dengan berita Aliff bersama aktres, Ruhainies telah ditangkap khalwat.

Umum tahu, Sophia juga sebelum ini pernah terlibat dengan kes curang bersama Aliff selepas isterinya, Bella Astillah membongkar kebenarannya.

Biarpun kontroversi lampau Aliff bersama Sophia kini bukan lagi tumpuan, sesetengah netizen meluahkan rasa kurang senang dan meminta aktres itu tidak campur tangan.

Dalam pada itu, ada juga pihak yang membela Sophia dan menganggap Aliff merupakan masalah utama atas setiap kontroversi curang yang berlaku.