“Kau petik bini aku eh” – Ali Puteh berang isteri dikritik menangis jual kereta, tawar RM500 jejak individu biadab

“Kau petik bini aku eh” – Ali Puteh berang isteri dikritik menangis jual kereta, tawar RM500 jejak individu biadab

Baru saja menjadi sebutan ramai selepas berjaya mengumpul RM75,000 bagi melangsaikan hutang kepada Nor Hidayah, Ali Puteh semalam meluahkan rasa marahnya terhadap sebuah video kecaman yang kini tular di media sosial.

Menerusi posting yang dimuat naik di TikTok, ia memaparkan seorang wanita yang menyampaikan teguran buat isteri Ali Puteh yang menangis ketika pasangan itu berjaya menjual kereta Honda demi melangsaikan hutang kepada balu Allahyarham Abam Bocey.

Ali Puteh Jual Kereta

“Kau jenis perempuan apa ni? Suka tengok laki kau hutang sana sini?”

Menurut wanita itu, dia menegur sikap isteri Ali Puteh yang menangis ketika menjual kereta kesayangan mereka, walhal isteri pelawak itu sepatutnya gembira kerana si suami sedang melangsaikan hutang supaya tidak menjadi bebanan di kemudian hari.

Sepatutnya engkau kena happy laki engkau jual semua harta dia untuk bayar hutang. Ini aku tengok news article, kau nangis.

“Kau jenis perempuan apa ni? Suka tengok laki kau hutang sana sini? Lepas tu kau orang enjoy, korang tak nak bayar hutang orang lain. Mana boleh… 

“Kau tahu tak sekiranya laki kau meninggal, kalau banyak hutang anak-anak kena bayar tau? Ahli keluarga kena bayar tau. Oi hutang kena bayar, itu je,” katanya.

@aliputeh89

Aku agak dah akan muncul mcm ni… Isteri aku pulak kau petik… Ade spe boleh cari kan manusia ni?? Dengar duduk johor…esok kebetulan ke johor…soe ade no atau alamat rn500 sy bagi…kau petik bini aku ekhhh

♬ original sound – aliputeh – aliputeh

Ali Puteh tawar RM500 jika dapat jejak individu

Bengang dengan teguran panas diberikan oleh wanita itu, Ali menerusi ruang kapsyen menyatakan bahawa dia akan menyediakan ganjaran wang sebanyak RM500 jika ada pihak berjaya menjejak wanita berkenaan yang dipercayai tinggal di Johor.

Aku agak dah akan muncul macam ni. Isteri aku pula kau petik. Ada siapa boleh carikan manusia ni? 

“Dengar duduk Johor. Esok kebetulan ke Johor. Siapa ada nombor atau alamat, RM500 saya bagi tau. Kau petik bini aku eh,” tulisnya.

Video berkenaan walau bagaimanapun mendapat respon yang pelbagai, ada di antaranya menyokong Ali Puteh dan ada pula mengiyakan kata-kata wanita berkenaan.

Apa-apapun isu dah selesai. Ali Puteh pun dah dapat wang untuk langsaikan hutang itu. Kita sebagai netizen, doa yang baik-baik sajalah.