“Kau apa hal?!” – Shuk Sahar dedah pernah gaduh dengan Ajak Shiro, ending cerita buat ramai berdekah

“Kau apa hal?!” – Shuk Sahar dedah pernah gaduh dengan Ajak Shiro, ending cerita buat ramai berdekah

 

Pelbagai kisah yang didedahkan oleh selebriti Shuk Sahar dalam sebuah podcast menarik perhatian netizen.

Pendedahan mengenai kerjayanya terdahulu, kisah hidup dan bermacam-macam lagi membuatkan netizen kagum dengan penyampaian Shuk dalam wawancara tersebut.

Sebelum ini Shuk pernah mendedahkan pengalamannya ketika menjadi DJ radio di sebuah stesen radio terkenal.

Dalam pendedahan tersebut, dia menyatakan telah melakukan kesalahan besar sehingga dipecat dari stesen radio berkenaan.

Menerusi hantaran terbaharu podcast tersebut, Shuk berkongsikan pula kenangan dia bersama dengan Ajak ketika menjadi DJ radio di HotFM.

Katanya, akibat perselisihan faham, mereka berdua bergaduh.

@okletsgo.sg

KITA KAN DAH MACAM FAMILY!!!! 😭😩 Podcast penuh di Spotify ➡️ OKLETSGO 🔥 #okletsgo #okletsgosg #fyp #fypsg #fypmy #podcast #radio #viralmalaysia🇲🇾 #gempakviral #berita #fypシ #shuksahar #ajakshiro #dzarismail #rajarazie #dynnorahim

♬ original sound – OKLETSGO – OKLETSGO

“Masa tengah berborak, ada part yang aku rasa dah kecikkan hati Ajak. Suara dia masa tu dah agak tegang. Ajak terus bangun soal aku.

“Ajak kata ‘kau apa hal, kau nak tengok askar macam mana, disiplin macam mana?” katanya.

Memandangkan ketika itu, ada beberapa krew di dalam konti berkenaan, Shuk mengajak Ajak selesaikan pergaduhan tersebut di luar konti.

Walaupun pada hakikatnya, dia sendiri berasa gerun dengan tindakan Ajak, tetapi kerana tidak mahu dimalukan Shuk pura-pura bertindak berani. Shuk mula terfikir untuk berdamai sahaja dengan Ajak.

“Kau betul ke nak gaduh dengan aku? Takkan pasal benda bodoh pun kau nak gaduh dengan aku? Kita dah macam family,” katanya.

Mendengar ayat tersebut, Shuk melihat perubahan Ajak.

“Dengan ayat kita dah macam family, mata dia berair, mata aku pun berair,” katanya.

Netizen mula mempersoalkan kesahihah cerita Shuk. Namun begitu, Ajak mendedahkan cerita tersebut adalah benar.