“Kata sekolah agama” – Gadis putuskan hubungan, ibu teman lelaki tak suka & marah selalu buat konten

“Kata sekolah agama” – Gadis putuskan hubungan, ibu teman lelaki tak suka & marah selalu buat konten

 

Tular sebuah video memaparkan seorang gadis putuskan hubungan dengan pasangan dipercayai kerana dimarahi oleh ibu teman lelakinya.

Menerusi akaun @bckupacc99, memuat naik semula video itu di X memperlihatkan gadis tersebut meminta kebenaran wanita berkenaan untuk merakam kandungan atau konten.

Namun begitu, permintaan itu dibalas dengan teguran daripada ibu teman lelaki yang seolah-olah menyifatkan gadis tersebut terlalu menonjol di media sosial.

“Kamu ni, tak habis-habis dengan content. Expose sana, expose sini, kenapa eh? Kata ada latar belakang sekolah agama, buat bisnes memang kena menunjuk-nunjuk ke?” kata ibu teman lelakinya.

Difahamkan, wanita itu kurang setuju jika anak lelakinya mempunyai pasangan yang menggunakan media sosial secara berlebihan selain menyatakan rasa tidak suka kepada gadis terbabit.

“Alif tu anak tunggal mak cik, anak harapan mak cik dan mak cik tak suka bakal isteri dia yang jenis bersosial media. Mak cik tak suka kamu, lepastu tak tahu kerja apa.

“Alif memang dia ada gaji, memang dia berpelajaran,” ujar wanita berkenaan.

Disebabkan itu, gadis tersebut memutuskan hubungan dengan teman lelaki dipercayai atas kata-kata yang dilontarkan oleh ibu kekasihnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan ibu teman lelaki gadis terbabit kerana bagi mereka, tidak semua benda perlu dikongsi di media sosial.

Gadis putuskan hubungan

Gadis putuskan hubungan

Gadis putuskan hubungan

Gadis putuskan hubungan

Gadis putuskan hubungan

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen meninggalkan komen mendakwa bahawa perkongsian itu hanyalah konten semata-mata untuk mempromosikan bisnesnya.

Gadis putuskan hubungan

Gadis putuskan hubungan

Gadis putuskan hubungan

Gadis putuskan hubungan

Tak kisahlah situasi ni benar-benar berlaku atau sebaliknya, hal peribadi tak sepatutnya dijadikan konten semata-mata untuk menaikkan jumlah tontonan.