“Kata consultation fee RM35” – Wanita menangis kena bayar RM610 di klinik terkemuka
Selain mendapatkan rawatan klinik kerajaan, ada sebahagian individu lebih selesa pergi ke klinik swasta kerana servisnya lebih pantas dan dilengkapi doktor yang berkualiti.
Walaupun harga servisnya sudah pasti lebih mahal, seorang wanita tidak menyangka yang dia akan dikenakan caj mencecah lebih ratusan ringgit selepas satu sesi ‘konsultasi’ di sebuah klinik swasta terkemuka.
Menerusi perkongsian video itu, dia memperlihatkan satu kertas resit daripada klinik terkemuka itu dengan tertera caj berjumlah RM610 untuk servis keseluruhannya.
Menurut Vocket, dia telah diberitahu akan dikenakan caj sebanyak RM35 untuk konsultasi serta jangkaan pemeriksaan kesihatan sekitar RM200 untuk anaknya yang demam namun perlu membayar RM610 termasuk ubat apabila mahu membuat pembayaran.
Dia lalu meluahkan rasa terkejut dengan servis caj keseluruhan yang begitu tinggi walaupun pada mulanya hanya sekadar mahu mendapatkan konsultasi dan pemeriksaan kesihatan anaknya.
@seohyoora
Perkongsian wanita itu ternyata meraih perhatian netizen dan rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan servis caj yang dikenakan kepadanya.
Malah, ramai berkongsi bahawa caj perubatan yang dikenakan oleh klinik terkemuka itu selalunya tidak masuk akal. Ada yang mendakwa sebahagian klinik swasta yang dilantik sebagai panel memang sengaja mengenakan caj mahal untuk dapat keuntungan segera.
Susulan itu, mereka memilih untuk ke klinik swasta yang lebih berbaloi atau pergi ke hospital kerajaan sahaja dalam mendapatkan rawatan.