Kasihan Bella Astillah diseksa mental, Shila Amzah cadang cerai guna kaedah hakam
Penyanyi Shila Amzah cadang pasangan bermasalah cerai cara hakam bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan cepat.
Menerusi satu hantaran di X, Shila dipercayai membuat hantaran itu khas kepada Bella dan Aliff yang sehingga kini masih belum menemui kata sepakat berkenaan rumah tangga mereka.
“Selesaikan je dengan hakam,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 34 tahun itu turut menitipkan doa buat mana-mana individu yang juga menghadapi masalah dalam rumah tangga mereka.
“Semoga Allah permudahkan segala jalan buat isteri atau suami yang teraniaya, yang sedang didera emosi, fizikal dan kewangan,” ujarnya.
Settle je dengan HAKAM,
Semoga Allah permudahkan segala jalan buat isteri/suami yang teraniaya , yang telah didera emosi , fizikal dan kewangan.— 茜拉 (@Shilaamzah) April 4, 2024
Terdahulu, suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah baru-baru ini.
Oleh kerana itu, Bella mengambil keputusan untuk memfailkan cerai secara ekpress pada 13 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.
Namun begitu, Aliff enggan bercerai dengan isterinya itu atas alasan dia masih menyayangi Bella dan memerlukan masa untuk memikirkan perkara itu.
Susulan itu, Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat mengarahkan pasangan itu melalui proses Sulh dan melantik wakil bagi Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Pelakon berusia 30 tahun telah melantik kakak angkatnya sebagai wakil manakala Aliff pula menamakan ibunya, Siti Hafiza Basharahil dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun depan.