Kartun The Simpsons ramal Kuala Lumpur dilanda air pasang besar, 120 orang hilang nyawa

Kartun The Simpsons ramal Kuala Lumpur dilanda air pasang besar, 120 orang hilang nyawa

 

Bagi yang mengikuti siri kartun popular, The Simpsons, pasti sudah terbiasa dengan beberapa ramalan di seluruh dunia yang akhirnya menjadi kenyataan.

The Simpsons pernah menjangkakan Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) dan kejadian itu benar-benar terjadi pada tahun 2017.

Berlaku gelombang pasang di KL

@joelravin7

#ypシ゚viral #nature #ypシ゚viral #tiktokmalaysia🇲🇾 #simpsons #prediction #kualalumpur #habislah #scary

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Terbaru, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Joel Ravin memuat naik sedutan episod The Simpsons yang meramalkan ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur dijangka akan dilanda gelombang air pasang surut. Fenomena itu juga akan mengakibakan 120 orang hilang nyawa.

Berita tragik malam ini, 120 orang mati dalam gelombang pasang di Kuala Lala… Peer… Kualala… Oar… Ya saya tahu siaran dah mula. Tapi saya tak peduli.

Saya tak baca berita itu sehingga saya dapat roti Danish saya. Pergilah cuba cari pengganti,” kata pembaca berita.

Selepas itu, muncul lagi satu watak yang memakai kostum lebah bagi menggantikan posisi lelaki tersebut untuk membaca skrip berita berkenaan.

Gelombang pasang yang kuat di Kuala Lumpur membunuh 120 orang.

Manusia tiada kuasa

Bagaimanapun di ruangan komen, rata-rata netizen merasakan tidak logik kerana kedudukan Kuala Lumpur jauh daripada laut.

Malah, ada segelintir yang sekeras-kerasnya menolak ramalan itu kerana umat Islam hanya percaya pada Allah.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 720,000 tontonan dan lebih 1000 komen.