Kantoi karaoke di rumah skandal malam Aidiladha, isteri kecewa suami curang lagi

Kantoi karaoke di rumah skandal malam Aidiladha, isteri kecewa suami curang lagi

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan, tanpa usaha dan kerjasama dari kedua-dua pasangan amat mudah untuk salah seorang pasangan berlaku curang.

Secara umumnya, kes curang bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita namun kebelakangan ini, nilai kesetiaan seolah tidak penting apabila ramai yang ‘berselingkuh’ dalam diam.

Begitulah seperti kisah didedahkan oleh Puan Nur Ewaniyy yang mana rumah tangganya kini ibarat retak menanti belah dan dalam proses untuk berpisah.

Kantoi bersama skandal malam raya

Namun begitu, menurut wanita itu kesabarannya benar-benar diuji apabia si suami ‘kantoi’ berkaraoke dengan ‘skandalnya’ pada malam hari raya Aidiladha lalu.

Rahsia suaminya terbongkar apabila skandalnya itu memuat naik momen mereka bersama menerusi IG Story. Lebih mengejutkan apabila kawan baiknya sendiri membantu menyembunyikan dan menafikan perhubungan mereka.

Kawan baik ‘coverline’

Pernah beri peluang banyak kali tapi sia2

Selain itu menurut ibu kepada 2 anak ini, dia pernah cuba mempertahankan rumah tangganya sebelum ini demi anak-anak namun peluang itu seolah disia-siakan oleh si suami yang masih mengekalkan ‘tabiat’ lamanya dan mengulangi perbuatan yang sama berulang kali.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga bercerita pernah dihalau dari rumah oleh suaminya apabila mereka bergaduh akibat salah faham.

Waktu itu dia pergi membuat laporan di balai polis kerana dihalau tapi siapa sangka si suami telah melaporkan kejadian itu terlebih dahulu dan dia dituduh lari mengikut lelaki lain.

 

 

Sumber: ohmymedia & Facebook Nur Ewaniyy