Kanak-kanak terpaksa kerja sebab bapa sakit, hampir kebuluran tiada pendapatan

Kanak-kanak terpaksa kerja sebab bapa sakit, hampir kebuluran tiada pendapatan

Pastinya sesuatu yang sangat sulit jika tonggak utama keluarga dalam mencari rezeki tiba-tiba ditimpa ujian dengan tidak mampu untuk bekerja lagi.

Sudahlah tidak mampu untuk bekerja, sakit yang dihidapi turut memakan modal biaya perubatan yang besar sehingga anak yang masih kecil terpaksa mengganti posisi untuk menyara makan dan minum serta kos perubatan.

Kanak2 & bapa hampir kebuluran

Hal ini samalah seperti kisah seorang kanak-kanak perempuan di Thailand apabila terpaksa merayu diberi bantuan makan kerana dia dan bapanya yang menghidap strok menghampiri kebuluran kerana terputus bekalan makanan setelah bapanya terlantar di katil.

Bapa sakit strok

Menerusi Stroryth.com merujuk kepada posting yang dibuat pengguna Facebook Thailand, kanak-kanak berkenaan telah menulis bahawa kanak-kanak tersebut menjual bunga karangan di pinggir jalan demi menyara kehidupan mereka berdua.

Menerusi sumber juga, kanak-kanak perempuan itu terpaksa berhenti dari persekolahannya disebabkan kesempitan hidup.

Posting tular di media sosial

Walau bagaimanapun, kesusahan kanak-kanak tersebut telah dibantu oleh pihak kebajikan di negara berkenaan selepas posting yang dibuat oleh pengguna Facebook terbabit tular.

Semoga dengan bantuan yang telah dihulurkan oleh pihak kebajikan dan bantuan orang ramai mampu memberi sinar baru buat kanak-kanak terbabit.

Diharap juga bapanya yang terlantar di katil akibat sakit strok dapat kembali pulih dan meneruskan kehidupan menyara mereka dua beranak.

Sumber: BD, stroyth.com