Kanak-kanak lelaki maut tertusuk pisau

Kanak-kanak lelaki maut tertusuk pisau

Kanak-kanak lelaki dilaporkan maut akibat tertusuk pisau di Taman Cempaka, Kampung Koh, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada 10.20 malam itu, mangsa, J Adithiyan, 7, dilaporkan tertusuk pisau di dadanya ketika berada di rumah ibu saudaranya.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dikatakan berlari masuk ke dalam rumah dan terlanggar sepupunya berusia 11 tahun yang sedang memegang pisau dan secara tidak sengaja tertusuk pisau di dada.

Mangsa yang dibawa ke Hospital Seri Manjung kemudian disahkan meninggal dunia.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan proses bedah siasat dijalankan hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes masih dalam siasatan.

Katanya, pihaknya juga masih menunggu laporan penuh kes berkenaan.

Sumber: Harian Metro