Kanak-kanak empat tahun sudah jadi tunangan orang, ibu bapa nazar ketika di Arab Saudi

Kanak-kanak empat tahun sudah jadi tunangan orang, ibu bapa nazar ketika di Arab Saudi

 

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun ‘selamat’ bertunang dengan lelaki pilihan keluarganya. Pertunangan itu atas persetujuan bersama kedua-dua buah pihak keluarga.

Menerusi perkongsian satu video di Jakarta, Indonesia, tular rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di media sosial.

Majlis bertunang itu turut menerima pelbagai reaksi warga maya malah ada yang terkejut memandangkan dia masih budak.

“Ada yang berasa pelik, namun ia adalah perkara biasa di Madura,” kata seorang pengguna media sosial.

Pemilik akaun @asiyah juga cuba berseloroh apabila menyatakan ada ibu bapa yang sudah menjodohkan anak mereka sejak masih dalam kandungan.

Klip tersebut yang dikongsi di TikTok jelas menunjukkan kanak-kanak itu yang memakai persalinan berwarna hijau hanya mendiamkan diri dan bersalaman dengan para tetamu ketika peristiwa unik di Desa Banjar Tabuluh, Kecamatan Camplong, Madura, Jawa Timur.

@massaki90

#tunangan #happyengegement💍👫🙈💐💍😫😭❤️💗 semoga Sampek ke pelaminan dek 🤲🤗#madura #viraltiktok #fypシ #fypberandamuシ

♬ suara asli – ROHIB – R O H I B

Dia turut diberikan sebentuk cincin dan gelang emas.

Menurut ibu bapanya, majlis pertunangan itu merupakan nazar mereka ketika di Arab Saudi.

“Kami membuat janji itu dengan bakal besan ketika bekerja di sana,” kata bapa kanak-kanak perempuan itu yang dikenali sebagai Haji Zahir.