‘Kami takboleh raya macam mana’ – Anggota polis kongsi cerita kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat Covid19

‘Kami takboleh raya macam mana’ – Anggota polis kongsi cerita kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat Covid19

Pergerakan merentas negeri mahupun daerah tanpa kebenaran pihak polis tidak dibenarkan sama sekali sehingga 6 Jun 2021 akibat daripada peningkatan wabak COVID-19.

Berikutan dengan larangan merentas negeri serta daerah, ramai pihak yang berasa tidak puas hati kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Budak meninggal dipercayai akibat jangkitan COVID-19

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh seorang anggota polis di akaun TikToknya, dia berkongsi pengalaman yang telah dilaluinya ketika bertugas. Berdasarkan pengalamannya , sepasang suami isteri sedang membawa anak mereka yang berusia tiga tahun untuk membeli kelengkapan raya.

Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba anak kepada pasangan tersebut tiba-tiba pengsan dan tidak sedarkan diri. Ketika di dalam ambulans, petugas kesihatan tidak dapat menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dan puncanya dipercayai akibat COVID-19.

Ambulans datang, tak sampai hospital anak dia disahkan meninggal dunia sebabkan punca utama memang COVID.

Jangan pertikaikan kenapa tak boleh rentas

Anggota polis berkenaan juga menasihatkan agar sesetengah individu tidak mempertikaikan lagi larangan untuk merentas daerah mahupun negeri kerana tidak mahu menjadi seperti kanak-kanak terbabit yang tidal tahu dari mana punca dijangkiti.

Jangan ada lagi pertikaikan kenapa tak boleh rentas negeri kenapa tak boleh rentas daerah, tak nak jadi macam ini lagi.

Dia juga mengatakan bahawa jika kita berada di dalam tempat yang sesak, kita tidak tahu siapa pembawa penyakit berkenaan dan ia boleh menjadi punca penyebaran wabak COVID-19.

‘Kami tak boleh raya macam mana’

@bapaknsuami0rang

Reply to @_mizan14

♬ original sound – Bapak&SuamiOrang – Bapak&SuamiOrang

Sumber : bapaknsuami0rang