“Kami semua beragama Islam” – Ada yang pertikai, geng bertopeng beri ayam percuma tampil jawab pertanyaan netizen

“Kami semua beragama Islam” – Ada yang pertikai, geng bertopeng beri ayam percuma tampil jawab pertanyaan netizen

 

Setiap entiti kebajikan baik di bawah naungan kerajaan atau persendirian mempunyai misi dan jalan tersendiri untuk menyalurkan bantuan sosial kepada masyarakat.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, media sosial TikTok dikejutkan dengan penularan video sekumpulan lelaki bertopeng yang muncul di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menaiki sebuah kereta pacuan 4 roda dengan nombor plat WYU 1906, kumpulan ini dilihat sedang sibuk mengagihkan 100 ekor ayam percuma kepada orang ramai yang berada di situ dan ia merupakan misi pertama mereka.

Salah seorangnya dalam keadaan berdiri turut mengangkat satu plakad besar bertulis “We’re not influencer, we;re not celebrity, we’re nobody”

Hanya mahu dikenali sebagai kumpulan bertopeng ‘XYZMISSION’, mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dan cuma meminta doa agar segala urusan bagi membantu masyarakat dipermudahkan.

Bagi setiap misi agihan bantuan yang selesai dijalankan, mereka akan tinggalkan simbolik satu topeng putih di lokasi berkenaan.

“Kami semua beragama Islam dan berbangsa Melayu. InsyaAllah kami akan tolong lebih ramai orang . Doakan kami”

@xyzteamproject

Kami semua beragama Islam dan bangsa melayu. InsyaAllah kami akan tolong lebih ramai orang . Doakan kami🤲

♬ original sound – XYZMISSION – XYZMISSION

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen ikut teruja selain memuji kebaikan kumpulan misteri ini.

Ada juga yang memberi cadangan agar mereka sasarkan lokasi lebih sesuai supaya bantuan dapat disalurkan kepada individu lebih tepat.