“Kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon itu”, Adik Bella sahkan Aliff Aziz ditangkap khalwat

“Kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon itu”, Adik Bella sahkan Aliff Aziz ditangkap khalwat

 

Status sepasang artis wanita dan lelaki ditangkap khalwat dalam sebuah kondominium mewah terletak di Kuala Lumpur akhirnya terjawab.

Kira-kira jam 2.40 pagi tadi, Bella Astillah telah hadir ke sebuah pejabat agama setelah berita penangkapan suaminya, Aliff Aziz disampaikan.

Buat masa sekarang, Bella Astillah belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai tindakan suaminya yang didapati berkesedudukan dengan seorang aktres.

Namun Didi Astillah selaku wakil keluarga telah mengesahkan bahawa aktor serta penyanyi yang dicekup itu memang benar adalah abang iparnya, Aliff Aziz.

Dikhianati untuk kesekian kalinya, Bella Astillah dilihat cuma mampu mengesat air matanya setelah mengetahui suaminya mengulangi khilaf sama yang pernah menjadi dugaan berat dalam rumah tangga mereka sebelum ini.

Masih terkejut dengan apa yang berlaku, buat masa sekarang Didi berharap agar semua pihak dapat memberikan masa dan ruang bertenang untuk pelakon drama “Aku Tanpa Cintamu” tersebut.

Cubit paha kiri, paha kanan turut terasa. Apa yang berlaku ini juga cukup mengejutkan seluruh pihak keluarga Bella Astillah.

Apalagi, mereka sendiri kenal rapat dengan aktres yang ditangkap khalwath bersama Aliff Aziz itu. Pun begitu, identiti pelakon wanita terbabit masih belum didedahkan lagi.

Terdahulu, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu namun sudah rujuk semula dalam tempoh iddah.

“Bagi pihak Bella, saya tak mahu beri sebarang kenyataan berhubung isu ini.

“Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.

“Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka,”