“Kami percaya dia sudah tidak relevan” – Netizen lancar petisyen untuk desak DJ Lin letak jawatan?

“Kami percaya dia sudah tidak relevan” – Netizen lancar petisyen untuk desak DJ Lin letak jawatan?

 

Kontroversi melibatkan penyampai radio, Tyzo Xander semakin menjadi bualan ramai. Ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan penyampai radio itu diberhentikan daripada stesen radio Suria FM.

Terbaru, sebuah petisyen menerusi change.org diadakan untuk mendesak Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin untuk meletak jawatan.

1 8

“Kami percaya bahawa DJ Lin dari Suria FM sudah tidak lagi relevan dan kami merasakan perubahan diperlukan. Menurut data terkini, ada penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen ini (Sumber: Laporan Penyiaran Malaysia).

Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan Suria FM untuk mempertimbangkan permintaan kami agar DJ Lin meletakkan jawatannya. Sila tandatangan petisi ini jika anda setuju dengan pendapat kami,”tulisnya.

Penamatan kontrak pengacara segmen Suria Petang itu menarik perhatian netizen serta membuatkan ramai yang tidak puas hati.

Menurut laporan Gempak, terdapat satu akhbar berbahasa Cina turut menulis berkenaan penamatan kontrak itu dan Tyzo dikatakan berpunca daripada permintaan kenaikan gaji.

Sebagai info, Tyzo tahun lepas memenangi anugerah penyampai radio popular untuk Anugerah Bintang Popular 35 (ABPBH35).