“Kali terakhir bersama Abi..” – Jelas sayu di wajah Ayu ketika pimpin tangan suami sebelum ‘ditalak’

“Kali terakhir bersama Abi..” – Jelas sayu di wajah Ayu ketika pimpin tangan suami sebelum ‘ditalak’

 

Bagi yang bergelar suami isteri pasti cukup familiar dengan satu kisah viral dulu berkisarkan pengorbanan serta kecekalan seorang wanita bernama Siti Rohayu dalam menjaga serta merawat suaminya selepas terlantar akibat nahas jalan raya.

Tatkala mungkin ramai yang akan berputus asa untuk lihat lelaki tersebut sembuh kembali, namun Ayu atau senang digelar Umy tetap yakin demi anak-anak.

Akan tetapi, siapa sangka jodoh pasangan suami isteri tersebut tidak bertahan lama dan wanita itu dilihat memberi bayangan sedang dalam proses berpisah atas sebab tertentu.

“Maafkan Umy semua, sebab tak mampu nak jadi insan kuat untuk teruskan dan pertahankan.

Aku bukan seorang yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain. Diri aku yang patut dipersalahkan.

Biarlah 1 dunia kecam aku dengan keputusan yang aku buat. Terlalu ramai yang buat andaian sendiri. Menambur fitnah tidak henti-henti. Seperti mereka yang duduk serumah dengan Umy.

Semoga pahala kalian mengalir buat diriku. Semua orang boleh bercakap tapi yang menanggung dan lalui hanya kami.

Dunia in sedang berputar, ini ujian ku. Belum lagi ujian mu. Keputusan yang kami buat tiada paksaan mana-mana pihak.

Cuma aku penat berjuang, sebelum aku jadi gila. Baik aku undur diri. Kalian tak suka aku, block aku, dari kalian komen benda yang tak sepatutnya.

Mungkin ini posting last tentang diriku, Lepas ni Fokus pada bisnes. Permulaan hidup baru. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tak puas hati dan kecewa dengan umy.”

Lafaz Talak

Terbaru pagi ini, pasangan suami isteri berkenaan dilihat telah pun datang ke Mahkamah Syariah Daerah Besut untuk urusan perpisahan itu.

Dengan cukup sayu, katanya itulah detik-detik terakhir mereka berdua sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Sepanjang berjalan masuk, Umy dan juga suami dilihat tenang bergandingan tangan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui turut sama terkesan dan sedih melihat pengakhiran rumah tangga pasangan tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan semoga selepas ini Umy tabah teruskan hidup bersama anak-anak tanpa perlu fikirkan orang lain.

@mummy_beauty

buat kali terakhir umy ayu bersama abi😭😭😭satu dunia menangis keranamu😭#fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – officialgtvid – officialgtvid