“Kalau tersedak macam mana” – Tindakan individu ini beri bayi usia 10 hari makan dibidas netizen

“Kalau tersedak macam mana” – Tindakan individu ini beri bayi usia 10 hari makan dibidas netizen

 

Satu hantaran di media sosial baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila entri tersebut memaparkan seorang individu memberi makan kepada bayi yang berusia hanya 10 hari.

Menerusi tangkap layar komen yang dimuat naik semula di Platform X, empunya video menjawab kepada pertanyaan seorang individu yang mengajukan soalan tentang usia bayi berkenaan.

Susulan kepada jawapan yang diberikan, rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati kerana bimbang akan keselamatan bayi berikut selain menyifatkan ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

“Astaghfirullah saya marah sangat, memang ada orang yang tak patut bergelar ibu bapa. Kalau tersedak macam mana? 10 hari bukan boleh menyusu sahaja ke? Gila!”

“Kalau nak anak tu belajar jadi ibu bapa dulu supaya tak bodoh. Bayi usia enam bulan pun masih boleh tersedak kalau diberi makan. Ini bayi 10 hari kau bagi makan?!”

“Tak tahu ibunya dapat edukasi dari mana bayi masih 10 hari sudah diberi makan begitu.

https://x.com/kegblgnunfaedh/status/1792214409970143673?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1792214409970143673%7Ctwgr%5Eab9a8ac8cb937ed105527be256f8fa86dc521195%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fgempak.com%2Fberita-terkini%2Fberi-bayi-usia-10-hari-makan-tindakan-individu-ini-dibidas-netizen-kalau-tersedak-macam-mana-88162

Sekadar info, kes itu dipercayai berlaku di negara Indonesia.