“Kalau terjumpa, terserempak ok je” – Anggap isu lama selesai, Nora Danish & Fasha Sandha baik-baik sahaja

“Kalau terjumpa, terserempak ok je” – Anggap isu lama selesai, Nora Danish & Fasha Sandha baik-baik sahaja

Sudah menjadi kebiasan untuk tidak sependapat sesama artis atau bertegur jika ada bermasam muka, namun ada yang memilih berbaik dan tamatkan persengketaan.

Buat pelakon yang tak dimamah usia ini, Nora Danish mengakui hubungan dengan pelakon, Fasha Sandha sudah lama baik dan tiada isu lagi.

Menurut Harian Metro, Nora akui mereka tiada masalah dan saling bertegur jika berjumpa dimana-mana majlis.

“Sebenarnya, hubungan saya dengan dia (Fasha) memang dah lama okay. Tapi, bila berjumpa, berjumpalah.

“Tak adalah ‘plan’ sampai nak berjumpa, tapi kalau terjumpa, terserempak, okay Alhamdulillah.

“Tak ada apa dah (nak diingat lagi), benda pun dah lama dah,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Umum sedia tahu mengenai Fasha Sandha yang mengahwini bekas suami Nora Danish sebelum.

Bagaimanapun kedua-kedua mereka sudah berpisah Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai sebelum masing-masing memilih untuk berkahwin dengan suami sekarang.

Pada tahun 2017, terdapat isu di antara dua pelakon terbabit hingga melibatkan undang-undang namun pada 2018 mereka mengambil keputusan untuk selesaikan di luar mahkamah.