“Kalau tak layan, takkan pakai fake akaun” – Sarah Yasmine buat ‘gila’ lagi, londeh chat Sophia Albarakbah & Aliff Aziz

“Kalau tak layan, takkan pakai fake akaun” – Sarah Yasmine buat ‘gila’ lagi, londeh chat Sophia Albarakbah & Aliff Aziz

 

Selepas Ruhainies, kekasih Aliff Aziz tampil dengan bukti terbaru membabitkan pelakon Sophia Albarakbah pula.

Dakwa Sarah Yasmine, Sophia sebenarnya masih berhubung dengan Aliff sehingga pelakon itu ditangkap khalwat Mac lalu.

Sophia

Sophia albarakbah

Sarah naik angin mendapat tahu Sophia berlagak seperti ‘bidadari’ kononnya tidak melayan Aliff.

Sophia

Jelas Sarah, dia tidak mahu hanya Aliff dipersalahkan dan pihak yang lain melepaskan tengkuk sendiri.

Sarah yasmine

Dakwa Sarah, Sophia cuba menipu orang ramai sebelum ini sehingga Bella Astillah sebagai isteri sah dituduh ‘overthinking’.

Sarah Yasmine memohon pelakon ini memberitahu perkara sebenar adakah benar dia tidak berhubung dengan Alif seperti yang diperkatakan.