“Kalau sebut jenama mesti..” – Isteri dedah suami ‘usahawan berjaya’, nampak mewah tapi hakikatnya banyak hutang & hidup susah
Di sebalik kehidupan yang nampak gah di mata ramai orang, seorang usahawan berjaya (tidak didedahkan identiti) rupanya sedang bergelut dengan kesempitan hidup yang kian mencengkam.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh isterinya menerusi grup FB Muflis Bankrupt Di Malaysia dengan harapan untuk mendapatkan sokongan moral serta jalan keluar dari konflik berat itu.
Difahamkan sejak 7 tahun lalu, perniagaan yang diusahakan oleh suaminya memang cukup berjaya membuatkan mereka sekeluarga mampu merasai kehidupan cukup selesa dan mewah.
Sudah menjadi adat dalam dunia bisnes, pasti ada turun dan naiknya.
Namun sejak 2 tahun kebelakangan ini, situasi kewangan mereka semakin hari semakin getir lantaran situasi perniagaan yang berada di hujung tanduk.
Kerana tiada pilihan lain, usahawan itu bertindak membuat pelbagai pinjaman bank bagi menutup ‘kelompongan’ bisnes yang gagal meraih keuntungan sepatutnya.
Lama kelamaan, mereka terjerat dengan hutang kelililing pinggang hingga terpaksa menjual beberapa harta benda.
Bagi meringankan bebanan suami, si isteri yang sebelum ini dicurahkan dengan kemewahan juga mengambil inisiatif untuk bekerja untuk membantu ekonomi keluarga walaupun tidak seberapa.
Masalah yang dihadapi cukup mengusutkan kepala dan membuatkan jiwa merasa tidak tenang, apalagi pihak bank sudah mula ‘memburu’ mereka setiap hari.
Meskipun sedang dihimpit tekanan yang bertubi-tubi, si isteri bagaimanapun berkata usahawan terbabit sebenarnya seorang lelaki yang baik.
Justeru dia berazam untuk terus menjadi support system terbaik dalam melewati fasa-fasa gelap kehidupan mereka sekaligus bangkit mencari titik keluar dari kegagalan sekarang.
Berikut adalah luahan penuh si isteri :