“Kalau saya gagal boleh ke tanggung hidup saya”, Pelajar SPM beri cadangan kepada Cik B, tawar diri jaga DSV

“Kalau saya gagal boleh ke tanggung hidup saya”, Pelajar SPM beri cadangan kepada Cik B, tawar diri jaga DSV

 

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B berkongsi rakaman suara yang diterima daripada seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi rakaman suara yang dikirimkan, individu itu secara berseloroh betanyakan kepada Cik B adakah dia sudi menanggung hidupnya sekiranya dia gagal dalam peperiksaan tersebut .

Malah individu berkenan turut menawarkan diri untuk menjaga DSV sekiranya Cik B keluar bekerja.

Cik B, saya nak SPM. Tapi kalau saya gagal boleh ke Cik B tanggung hidup saya.

Saya boleh jaga Datuk Vida kalau awak keluar pergi kerja. Cik B tolonglah balas mesej saya.

Dalam masa sama, individu tersebut meminta Cik B mendoakannya agar dipermudahkan untuk menjawab kertas peperiksaan.

Cik B yang berkongsi semula rakaman itu di TikTok miliknya akui terhibur dengan gelagat pemuda itu.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut berasa lucu selain ada yang ingin mencuba melakukan perkara sama.

@cikb_havoc

Suara dah macam mierul aiman 🤣 #onthisday #fyp #funny #cikb #tiktokmalaysia

♬ original sound – cikb_havoc66 – cikb_havoc66