“Kalau mental, i dah ada dekat Tanjung Rambutan” – Fathia Latiff tak mengaku sakit jiwa

“Kalau mental, i dah ada dekat Tanjung Rambutan” – Fathia Latiff tak mengaku sakit jiwa

 

Nama selebriti sensasi Nur Fathia Latiff hangat diperkatakan selepas dia mengkritik rupa paras Zahirah Macwilson seperti bibik.

Pelakon ini juga menegaskan dia lebih cantik dan bagus berbanding Zahirah kerana pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular pada tahun 2016.

Selepas Zahirah, Fathia yang kini bertugas sebagai kerani di pusat guaman bergaduh dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula.

Lebih panas lagi apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan memburukkan satu sama lain. Aduhai..

Sikap dia yang sebegini membuatkan netizen tertanya-tanya adakah dia mempunyai masalah kesihatan mental.

Get well soon… I’m not sick.

Pelakon ini bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Katanya, jika dia sakit mental tempatnya adalah di Hospital Tanjung Rambutan bukannya di depan kamera membuat siaran langsung (live).

@fatiya.latiff

Korang ni satu cakap dia mental.fathia tak mental la korang😆Siapa je nak ngaku #bibik #viral #fyp #fathialatif #fatiyalatiff #zahirahmacwilson #anju #anjulovers

♬ original sound – FATIYA LATIFF – FATIYA LATIFF

Pelakon ini berkata lagi, dia sihat dan sedang menikmati percutian di salah sebuah hotel terbaik di Malaysia.