“Kalau korang kena sepak terajang, tinggal atau stay & reda?”- Status IG ibu Ainul Mardhiah cetus tanda tanya

“Kalau korang kena sepak terajang, tinggal atau stay & reda?”- Status IG ibu Ainul Mardhiah cetus tanda tanya

 

Sebuah posting dimuat naik ibu kepada kanak-kanak yang menghidap ketumbuhan dalam mulut, Ainul Mardhiah iaitu Nurul Erwani Zaidi di laman Instagram menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Posting tersebut memaparkan foto Nurul Erwani bersama anaknya yang berusia empat tahun itu berserta kapsyen menitipkan kata-kata nasihat apabila dewasa kelak.

“Will always love you Ainul Mardhiah, Mama bukan yang terbaik untuk Ainul. Tapi mama yakin, bila Ainul dah besar nanti Ainul akan jadi seorang yang sangat lemah lembut…
“…baik pada semua orang dan paling penting Ainul akan disayangi ramai orang. Jaga diri baik-baik Ainul Mardhiah kesayangan mama!,” tulis wanita berusia 27 tahun itu.

Lebih mengundang perhatian pengikut apabila terdapat dua InstaStory dimuat naik Nurul Erwani seolah-olah menggambarkan seperti terjadi sesuatu yang tidak dinyatakan.

InstaStory berkenaan memperlihatkan ibu kepada dua cahaya mata itu bertanya apa tindakan perlu dilakukan seorang isteri sekiranya dikasari oleh suami.

Kalau korang kena sepak terajang, tinggal atau ‘stay’ dan reda?

Emoji ‘patah hati’

Menerusi ruangan komen, ramai menunjukkan rasa prihatin dengan bertanya sama ada Nurul Erwani berada dalam keadaan baik selain mempersoalkan jika kapsyen foto itu mempunyai kaitan dengan InstaStory dikongsi.

Apa yang terjadi? Moga baik2 saja

Macam ada masalah, harap bersabar

Bincang elok2, anak2 masih kecil lagi

Untuk info pada 2019, kisah penderitaan Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr. Nur Amalina Che Bakri sekali gus membantu menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya.