“Kalau Faiz, saya letak nama Faizah” – Ruhainies dedah ibu garang, rampas telefon kalau mesej lelaki

“Kalau Faiz, saya letak nama Faizah” – Ruhainies dedah ibu garang, rampas telefon kalau mesej lelaki

 

Pelakon Ruhainies dedah ibu memang garang dan akan merampas telefon bimbitnya sekiranya bermesej dengan lelaki.

Pendedahan itu dibuat oleh Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menerusi satu temu bual dalam sebuah program HLive, baru-baru ini.

Menurut Ruhainies, dia merupakan anak yang paling nakal dalam kalangan lima orang adik beradik yang lain.

Katanya lagi, telefon bimbit miliknya pasti akan dirampas oleh ibu jika dilihat bermesej dengan lelaki.

Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, dia akan menukar nama kenalaa lelaki kepada ‘perempuan’.

“Dulu kalau dia dapat tahu lelaki mesej ke apa, dia akan rampas telefon. Kalau kawan-kawan lelaki, saya tulis dekat situ macam Faiz kan, contoh saya akan letak Faizah,” kongsinya.

Dalam pada itu, aktres berusia 31 tahun itu juga mendedahkan dia pernah dipukul oleh ibu gara-gara menerima anak patung beruang di hadapan rumah.

Ruhainies berkata, ibunya pernah bertanya dan mempersoalkan bagaimana si pengirim mengetahui alamat rumah mereka.

“Macam pernah juga balik rumah, tiba-tiba ada tebby bear dan bunga besar dekat depan rumah.

“Saya kena pukul sebab dapat teddy bear tu. Dia tanya kenapa lelaki boleh tahu alamat rumah saya. Dia memang garang,” ujar Ruhainies.

Sekadar info, nama Ruhainies menjadi perhatian media selepas ditangkap berkhalwat bersama Aliff Aziz oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Rentetan kejadian tersebut, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap suaminya secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac.

Bagaimanapun, aktor asal Singapura itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya dengan menyatakan rasa kasih dan cinta dalam rumah tangga yang dibina.

Apa yang membuatkan situasi bertambah panas apabila seorang wanita dikenali Sarah Yasmine yang mengaku kekasih gelap Aliff mendedahkan beberapa tangkapan skrin layar perbualan aktor itu bersama Ruhainies.