“Kalau boleh nak gerak jumpa” – Sudah berjaya kumpul duit, Ali Puteh mahu segera jumpa Hidayah bayar hutang

“Kalau boleh nak gerak jumpa” – Sudah berjaya kumpul duit, Ali Puteh mahu segera jumpa Hidayah bayar hutang

 

Pelawak, Ali Puteh mahu segera jumpa Hidayah bagi melangsaikan hutang susulan tuntutan saman yang perlu dilunaskan sebelum ini.

Menerusi YouTube Melodi hasil dari temubual bersama pelawak berkenaan, Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memaklumkan yang duit hasil daripada jualan beberapa barang peribadi seperti kereta, motosikal dan juga piala-piala kemenangan sewaktu menyertai program realiti televisyen akan segera diserahkan kepada bekas kakak iparnya.

“Kalau boleh nak gerak (berjumpa). Saya nak lakukan secepat mungkin. Saya pun dah siap jual semua barang,” katanya.

Dia juga berharap agar tindakan tersebut dapat mengakhiri segala kemelut yang melanda sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam pada itu, dia menjelaskan perkongsian sewaktu menjual kereta dan juga piala-piala kemenangan sama sekali tidak berniat untuk meraih simpati sesiapa.

“Saya ambil dari sudut berbeza, ini semua duniawi. Kita usaha kembali sebelum ini. Orang kata saya play victim, tetapi saya bukannya menagih simpati,” ujarnya.

Jelas adik kepada allahyarham Abam Bocey itu, dia tidak pernah lari daripada membayar hutang tetapi sentiasa berusaha untuk mengumpul duit bagi menyelesaikan hal berkenaan.

Ali Puteh mahu segera jumpa Hidayah

Untuk rekod, Ali Puteh telah kalah saman fitnah yang dikemukakan bekas kakak iparnya, Hidayah yang difailkan pada Mei 2020.

Susulan daripada, pelawak berkenaan telah berkongsi momen sewaktu berjaya mengumpul RM75,000 hasil jualan barang peribadi termasuk kereta, motosikal serta piala kemenangan dalam program televisyen bagi melunaskan hutang tersebut.