“Mak dah mati pun perangai macam bangsat” – Dituduh calarkan kereta, 3 beradik yatim teruk dimaki ibu saudara

“Mak dah mati pun perangai macam bangsat” – Dituduh calarkan kereta, 3 beradik yatim teruk dimaki ibu saudara

 

Baru-baru ini, tular di platform TikTok satu video yang ditularkan oleh seorang pengguna @Haziq telah menggundang rasa simpati dan geram daripada netizen.

Dalam video tersebut, seorang wanita yang dipercayai merupakan ibu saudara lelaki terbabit telah menghina dan melemparkan kata-kata yang menyakitkan terhadap Haziq serta adik-adiknya.

Lagi membuatnya terkilan apabila ibu saudara turut mengaitkan Allahyarham ibu Haziq dalam makian voice note yang dihantar di dalam WhatsApp.

Video milik pengguna TikTok @Haziq yang dimuat naik kira-kira 5 hari lalu cukup mengundang rasa simpati di kalangan netizen. Video berdurasi hampir 2 minit itu memaparkan voice note WhatsApp seorang wanita sedang mencerca Haziq 3 beradik menggunakan kata-kata kesat yang agak keterlaluan.

@zulhaziyqqqq

permulaan hari raya, terima kasih atas segala hinaan ni.

♬ Duka x serana – Ra🥀

Sewaktu ditemubual oleh pihak mStar, Haziq memberitahu pertelelingkahan mula tercetus kerana wanita tersebut menemui kesan calar di kereta miliknya.

Langsung tidak membuat usul periksa, ibu saudara Haziq terus menuduhnya dan adik-adik penyebab keretanya mempunyai kesan calar, sebelum mengambil tindakan menghalau ketiga-tiga adik-beradik itu ketika hari raya.

ibu saudara jahat

Tidak cukup dengan hanya menuduh hal yang tidak benar, malah wanita tersebut turut membuang kesemua barangan tiga adik-beradik itu di luar rumah, sebelum dikutip oleh jiran yang baik kerana membersihkannya.

Apa yang saya boleh buat, saya diam je la. Hargailah kiteorang, kiteorang dah takde mak, pertalian tu masih ada lagi, so jangan putuslah.

ibu saudara jahat

Sama sekali tidak tahu penyebab mereka dibenci oleh ibu saudara sendiri, Haziq ketika ini hanya mampu bersabar atas dugaan yang dilalui.