“Kalau betul ibu saya rosakkan majlis, pergi buat report” – Anak makcik baju merah

“Kalau betul ibu saya rosakkan majlis, pergi buat report” – Anak makcik baju merah

 

Baru-baru ini, tular mengenai luahan pengantin baharu yang kecewa apabila banyak gambar dan video majlis pernikahannya mempunyai kelibat seorang wanita ‘Makcik Baju Merah’.

Menerusi temu bual bersama mStar Online, Zarah Yusoff mengakui sedih apabila melihat album pernikahannya sehingga mengundang simpati warganet di media sosial.

Susulan luahan tersebut, seorang pengguna aplikasi TikTok yang dikenali sebagai Mummy Bunga tampil menjelaskan dengan mendakwa makcik itu adalah ibunya.

Seorang pengguna laman Twitter, @syaaabdullah memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan komen Mummy Bunga yang kecewa apabila ibunya dituduh sebagai ‘perosak majlis’.

Menurut Mummy Bunga, tindakan Zarah menularkan isu berkenaan di TikTok seolah-olah memalukan ibunya sekali gus mahu mengambil tindakan undang-undang.

“Post gambar, aibkan orang kat social media ada akta ye. Kalau betul ibu saya rosakkan majlis dia, pergi buat report.

“Elok perangai? Ayat awak semuanya cantik-cantiknya ye pasal ibu saya. Tak apa awak, nanti tunggu report taw, thank you,” itu antara komen rawak ditinggalkan Mummy Bunga terhadap warganet.

Bagaimanapun, tinjauan di TikTok mendapati Zarah dipercayai sudah memadam video berkaitan isu berkenaan.

Sementara itu, Zarah dan suaminya Nazrin Ramli yang berkahwin pada Julai lalu berhasrat bagi membuat majlis yang sama pada masa akan datang tanpa kelibat makcik terbabit.