“Kala dugaan besar melanda..” – Selepas diberhentikan dari Suria FM, Tyzo akhirnya umum berita gembira

“Kala dugaan besar melanda..” – Selepas diberhentikan dari Suria FM, Tyzo akhirnya umum berita gembira

 

Ramai yang bersimpati dengan nasib penyampai radio, Tyzo Xander selepas dia ditamatkan khidmat serta-merta dari Suria FM baru-baru ini.

Terbaru! Menerusi Instagram, Tyzo meluahkan rasa syukur apabila dia diberi peluang menjadi pengacara dalam sebuah majlis anugerah dari pihak TV RTM.

Tyzo Xander

Kala dugaan besar melanda, Alhamdulllah pihak TV RTM @rtm_malaysia & KNKV GROUP @knkvgroup beri peluang dan ruang pada saya bertindak sebagai Pengacara pada Majlis Anugerah “KNKV VIRAL AWARD 2024”.

Tyzo juga meminta untuk semua pengikutnya untuk tonton majlis anugerah yang menampilkan dirinya sebagai pengacara itu siaran langsung pada 8 pagi esok.

Esok 18 Januari 2024, Khamis, 8.00pagi, untuk tujuan promosi, Abang Takan bersiaran langsung sebagai Tetamu di Selamat Pagi Malaysia (SPM)

Tolong tengok tau.

Akan ada pelangi selepas hujan. Semoga Tyzo dimurahkan rezeki lagi selepas ini dan dipermudahkan segala urusan.