Kaki menggigil dengar irama serunai, pengantin tiba-tiba bersilat sebelum rebah

Kaki menggigil dengar irama serunai, pengantin tiba-tiba bersilat sebelum rebah

Sebelum melangkah naik ke pelamin atau menuju ke khemah makan beradab, pasangan pengantin biasanya akan duduk sebentar di tengah jalan untuk disajikan persembahan silat.

Selalunya ahli keluarga akan tampil buka langkah, saat ini tetamu juga pastinya takjub melihat 1001 pergerakan yang sungguh tangkas di hadapan mata mereka.

Pengantin lelaki tak keruan lepas dengar irama serunai & gendang silat

Namun bagi sebuah majlis kahwin ini, ia bertukar kecoh bermula dengan pengantin lelaki yang menggerakkan kaki sebelah kanannya secara laju.

Makin lama dia mendengar irama serunai dan gendang pendekar tersebut, pergerakan lututnya semakin kencang sebelum tiba-tiba meloncat dengan bukaan langkah persilatan.

Kaki Menggigil Dengar Irama Serunai, Pengantin Tiba-Tiba Bersilat Sebelum Rebah

Sempat bersilat persis pendekar sebelum rebah ke tanah

Bukan sahaja isteri di sebelah yang terkejut, malahan jemputan lain juga terlihat cuba menenangkan keadaan.

Sepatutnya menjadi persembahan silat biasa-biasa saja, namun ia malah bertukar seperti medan pertarungan sebenar yang sungguh tegang.

Tidak lama kemudian, mempelai berbaju Melayu itu terus rebah ke atas tanah.

@lisyanady._

darah pendekar

♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Ini irama warisan silat, memanglah panas bila dengar bunyi tu…Nasib tak kemek kepala brader tu kena siku

Meraih ratusan ribu jumlah tontonan sejak dikongsikan semalam, ramai yang tertanya-tanya apakah punca sebenar Raja Sehari itu bertindak sebegitu rupa.

Namun bagi pengamal silat sendiri, mereka tidak ketinggalan berkongsikan pengalaman pernah alami hal sama di mana semangat tiba-tiba ‘membara’ tatkala mendengar Gendang Silat.