Kakak pengantin ‘naik syeikh’, tiba-tiba bersilat lepas dengar bunyi serunai & gendang

Kakak pengantin ‘naik syeikh’, tiba-tiba bersilat lepas dengar bunyi serunai & gendang

 

Silat sembah pengantin merupakan antara tradisi Melayu yang cukup unik ketika majlis bersanding.

Bukan setakat meraikan kehadiran Raja Sehari, malah ia juga dapat hidupkan suasana yang meriah dalam kalangan pengunjung.

Namun lain pula insiden cemas yang berlaku semasa berlangsungnya kenduri kahwin di Kampung Pulau Nyior, Jitra baru-baru ini.

Kakak pengantin ‘naik syeikh’…tiba-tiba bersilat lepas dengar bunyi tiupan serunai & ketukan gendang

Menerusi perkongsian video oleh eitabeauty8, pada awalnya seorang budak lelaki dilihat teruja untuk menyertai 2 pesilat cilik yang sedang buat persembahan di hadapan mempelai.

Selepas tarik anaknya itu ke tepi, tiba-tiba kakak pengantin seolah-olah tidak dapat menahan untuk buka langkah silat.

Kejadian ‘naik syeikh’ itu dipercayai berlaku apabila dia mendengar bunyi tiupan serunai dan paluan gendang yang semakin rancak dimainkan.

 

Cuba ditenangkan oleh suami…mujur muzik iringan silat dihentikan serta merta

Bimbang akan situasi tersebut, pengantin lelaki dilihat terus mengalihkan anak buahnya.

Sementara itu, wanita berkenaan cuba ditenangkan oleh suaminya yang memakai baju T-shirt hijau sambil dibantu seorang lelaki lain juga.

Namun begitu, mujurlah aksi ‘naik syeikh’ tersebut tidak berlarutan sejurus apabila pemain muzik diminta berhenti serta-merta.

Secara keseluruhannya, klip video tersebut telah meraih lebih 1.5 juta jumlah tontonan setakat ini.

 

Part dia tepuk tanah, macam nak cabar pengantin…mungkin ada ‘angin silat’ turun-temurun, sebab tu pantang dengar

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen akui terkesima melihat ragam kakak pengantin tersebut.

Meskipun dalam keadaan separuh sedar, tetapi langkah silatnya dipuji amat kemas persis pendekar zaman dahulu.

Pun begitu, ada yang turut menegur bahawa muzik iringan persembahan silat tersebut sepatutnya tidak boleh dihentikan secara tiba-tiba jika berlaku situasi begini.

Cemas, Kakak Pengantin Tiba-Tiba Bersilat Lepas Dengar Bunyi Serunai & Gendang

Cemas, Kakak Pengantin Tiba-Tiba Bersilat Lepas Dengar Bunyi Serunai & Gendang

Cemas, Kakak Pengantin Tiba-Tiba Bersilat Lepas Dengar Bunyi Serunai & Gendang